Followers

Tuesday, December 27, 2011

Monday, December 26, 2011

happy birthday

assalamualaikum semua and hello blogger

i want to wish my girlfriends happy birthday sayang.




happy sweet 18..
belajar rajin-rajin..
ingat aku selalunya..
jangan lupa belanja aku.sowng jpa.sowng ptptn...huhuuu...
luv u my girlfriends...
ketatketat....<3...
jangan main-main ea...o__0

Friday, December 23, 2011

part 1

assalamualaikum semua

     Tinggal berapa minit lagi aku akan jejak ke tanah kelahiran ku. Hampir sebulan aku di penang pelbagai masalah aku hadapi. Selalunya bila pulang ke Johor aku adalah manusia paling gembira dalam hidup. Ini tidak bagi ku, semua perasaa bercampur baur. Begitulah perasaan aku. Sama seperti langit yang yang mendung sama mendung seperti hatiku. Sebab seorang manusia aku berubah menjadi takut untuk pulang ke rumah sendiri. Takut untuk menghadapi hakikat hidup.takut dengan perasaan sendiri dengan erti kata lain aku takut dengan perasaan sndiri. Aku berperang dengan perasaan sendiri. Dan sebab itu aku berubah menjadi diri aku yang dulu,manusia yang lemah, manusia yang tidak sempurna,aku berubah menjadi pendiam.

       Manusia seperti aku perlu belajar dari kesilapan,manusia yang selalu memohon keampunan dari NYA. Aku manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Bukan manusia yang berhati batu. Aku bukan anak patung yang bisa engkau buat apa yang engkau nak. Aku ada perasaan. Aku ada hati yang perlu dijaga. Aku tak minta semua ini berlaku. Aku manusia biasa sama seperti engkau. Aku memang nak lupa kan engkau. Tapi apakan daya, aku tak mampu nak lakukan. Aku tak kuat mana. Sebab engkau aku tinggalkan orang yang aku sayang. Aku ingat engkau yang akan membimbing aku ke jalan yang benar. Bawa aku ke tempat yang terang. Tapi, aku redha kalau ini yang aku dapat.

      Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Allah bagi rasa kecewa itu supaya aku sedar bahawa ada yang lagi baik sedang menunggu aku di hadapan sana. Yang mampu menbawa aku ke jalan yang benar. Untuk saat ini aku berjanji supaya aku menjadi kuat dan tidak mengalah dengan apa yang berlaku dalam hidup aku. Menjadikan manusia yang boleh terima hakikat hidup. Yang boleh terima kebenaran. Dan sekarang ini aku hanya perlukan ALLAH sebagai tempat aku bergantung harapan. Ibu ayah sebagai penguat semamgat untuk aku mencapai cita-citaku. Kawan-kawan untuk aku meluahkan semua segala isi hati aku. Aku tak mampuu nak simpan semua dalam hati. Aku perlu luahkan semua. Hidup perlu diteruskan untuk aku mencari sebuah kebahagiaan.




| Day 6 : 10 items you cant live without |

assalamualaikum semua..

| Day 6 : 10 items you cant live without |

  • my handphone
  • camera
  • lappy
  • mp 4
  • my parents
  • my family..
  • my friends
  • my perfume
  • bantal bhusuk saya...kantoi..huhu
  • kucing-kucing saya

Day 3 : A photo of someone you love

hello blogger..


Day 3 : A photo of someone you love




Thursday, December 22, 2011

Wednesday, December 21, 2011

kecewa itu indah

assalamualaikum semua...
in not condition mood at now..
someone kill my feeling right now..
i'am shocked when i hear this story..
tell me the truth..
it is important for me okay...
for me,its no small matter.but its kill my heart..
.....
everyone..take note please...
Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita..
DIA sayang kita supaya kita tidak lalai dalam mencari keredhaan NYA...

kalau kita diKECEWAkan apa yang kita buat??
mestilah menangis dan sedih...
sebab
kita tidak sangka orang buat kita macam tu kan...
dan lepas itu kita buat apa??
tidak percaya pada dia lagi..
macam itu kah??
mestilah...
tidak rasa KECEWA itu satu HADIAH dari ALLAH
sebab
dari kerana kecewa
ALLAH mengajar kita lebih bersikap BERHATI-HATI dan jangan terlalu berharap pada makhlukNYA
indahkan??
Jadi jangan sedih sangat,INGAT kita ada ALLAH yang sentiasa bahagiakan kita

ALHAMDULILAH
ALHAMDULILAH
....
jom kita berfikir sejenak..
ALLAH itu maha ADIL..maha MENGETAHUI..
DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba NYA...



ALLAH sentiasa bersama hamba-hamba NYA..

Tuesday, December 20, 2011

Jom Join Blogwalking 2012

hello bloggers...


nak join just CLICK HERE...

selamat malam semua..actually saya blogger asal dari johor..
anak jati johor...

saya tag 








Day 1 : Your facebook profile photo


hello bloggers..


Day 1 : Your facebook profile photo


10 Days Picture

assalamualikum semua


HELLO BLOGGERS!

Day 1 : Your Facebook profile photo.
Day 2 :  A photo of yourself a year ago.
Day 3 : A photo of someone you love
Day 4 : A photo that makes you happy
Day 5 :  A photo of you making funny face
Day 6 :  A photo of a former crush.
Day 7 : A photo of you and your bestfriends
Day 8 : Your most recent photo of you
Day 9 : A photo that you have taken
Day 10 : A photo that makes you laugh



tadi petang blogwalking,then terjumpa challenge ney..jom join challenge ni..
its simple challenge..just a photo..
tidk perlu bercerita panjang-panjang..huhuu..
saya start challenge pada
 12/20/2011
at 2028
on tuesday night...

enjoy it..

| Day 5 : 10 wishes |

assalamualaikum semua...
dah lama xupdate blog kan..
actually busy ckit sbb bnyak quiz and test..huhuu
jom kita terusakn challenge kita..:)

| Day 5 : 10 wishes |

  • get a good result in every single test,quiz and final exam
  • get someone who understand me,love me..huhuu
  • get a soleh future husband
  • nak beli kucing mcm kucing saya yang da mati tu..
  • nak bahagiakan ibu and ayah
  • nak berubah ke arah kebaikan.doakn saya..semangat kena kuat
  • diberikan semangat dan hidayah dan dilindungi oleh NYA
  • 5 years from now,i will get a myvi..huhuu
  • complete 5 kali solat setiap hari..amin
  • my big dream..join sime darby..insyaallah..

Sunday, December 18, 2011

| Day 4 : 10 things you want to say to one person |

assalamualaikum semua...
 hari ini jom kita mulakan challenge yang saya join hari tu...

Day 4 : 10 things you want to say to one person

actually siti nk say something kat orang yang siti sayang.this for my mother..:

  • along sayang ibu.
  • thanx a lot sbb jaga along dari along kcik sampai sekarang.
  • i will kee my promises.
  • pray for mu succeess..
  • you are the best mum  for me..
  • jaga kesihatan ibu baik-baik.xnak marah slal.mrah sayang xpe..:)
  • jaga kucing along baik-baik..0___o
  • jangan tension-tension slalu..
  • jangan men game zuma je..huhuu
  • sayang ibu ayah..doakan kejayaan along sentiasa ea..



Saturday, December 17, 2011

Didik Hati Agar Sentiasa Redha

Assalamualaikum semua..

rasa sedih sangat dengan diri siti sendiri.rasa macam nak menjerit.tapi tiada suara untuk mengeluarkan.lebih baik diam..tapi hati ini tidak boleh.hati ini nak meraung sekuat hati.rasa serba salah dekat ibu.paling teruk rasa serba salah dekat diri sendiri.siti boleh buat.tapi sebab careless and maybe terover confident penyebab semua ini...
Alla tahu apa yang terbaik untuk hambanya.Dia nak menguji siti.Dia xnak siti ada sifat takbur,bongkak..siti tahu.jalan menuju kejayaan itu tidak mudah seperti yang disangka..Siti akan cuba capai kejayaan itu dengan hasil usaha siti. kita bermula dari bawah.Orang yang berjaya bermula dengan kegagalan..Siti akan cuba redha dengan apa segala dugaan yang Allah bagi..Allah itu Maha Mengetahui.Maha Bijaksana. Tadi siti baca artikel ini dekat iluvislam.Siti rasa tenang bila baca ini dan ada kaitan dengan diri siti sekarang.jom kita selami hati kita untuk redha terhadap apa yang berlaku..keep smile..:)

Firman Allah yang bermaksud: "Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya." - (Surah al-Mulk, ayat 1-2) .
Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah.
Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hamba-Nya. Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar." - (Maksud al-Hadis)Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati :
Bersyukur kepada Allah dan Membilang Nikmat-Nya
Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmat-Nya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin." - (Surah Luqman, ayat 20)
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya." - (Surah Ibrahim, ayat 34)
Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata: "Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat." - (Surah an-Namlu, ayat 20) .
Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.
Musibah Menghapuskan Dosa
Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya." - (Maksud al-Hadis)
Bersabar Tanda Kemenangan
Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat." - (Surah al-Hadid, ayat 23)
Berdoa dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah
Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan. Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting.
Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.
Membaca al-Quran
Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan difahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.
Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.
Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.




short post

assalamualaikum semua..
a short post from me...


i count a minute fot take my test PHY131..
already start at 9.15..
wanna say..
pray for me..
wish me luck..
after this i can write a long post..
alhamdulilah..
complete cover for chapter electric force,electric fields and electric pontential..
wish me luck..

smile like this okay..:)dont be nervous and scary...


Friday, December 16, 2011

| hebatnya seorang ibu |

Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.
Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?
Dulu, Kisah sebuah memori
Masih tersemat utuh dalam ingatan saya betapa ibu saya cukup mudah mengalirkan air mata. Semasa saya atau adik saya dirotan ayah, ibulah selalunya akan membela dengan aliran air mata. Semasa kakak saya yang sulung melangkahkan kaki meninggalkan rumah mengikut suami selepas majlis akad dilangsungkan, ibu saya menghantar pemergiannya dengan linangan air mata. Masa itu saya cukup pelik kenapa ibu saya menangis sedangkan kakak saya pergi secara terhormat mengikut suami. Masa itu saya buntu tidak berjawapan.
Suri rumah sepenuh masa menjadikan anak-anak amat rapat dengan ibu. Masih terbayang di minda saya hingga kini betapa kalutnya ibu saya setiap pagi menyediakan sarapan sebelum saya dan adik-adik ke sekolah. Sememangnya saya antara anak yang cukup susah untuk makan pagi sekalipun dengan hanya minum teh dan apa yang pasti ibu saya akan membawa minuman hingga ke pintu luar dan akan pastikan saya mengambil sarapan walaupun dengan hanya seteguk air.
Masih terngiang kata-kata ibu bila saya mula berdegil tidak mahu bersarapan, "Minum lah sikit baru cergas dalam kelas" atau kadang-kadang ibu juga mengugut jika saya tetap berdegail, "Tak baik tu, minum sikit nanti tak berkat belajar". Mungkin kerana takut dengan ugutan, saya selalunya akan memaksa diri minum juga walau seteguk.
Tabiat saya yang jarang bersarapan melekat hingga kini kerana tiada siapa lagi yang boleh memaksa saya bersarapan. Tapi yang agak melucukan apabila ibu saya selalu berpesan dicorong-corong telefon setiap kali saya saya menelefon rumah atau melalui SMS dengan 3 perkara; kerapkan mandi, ambil sarapan dan banyakkan minum air. Tapi biasalah saya memang degil...
Kisah ibu saya yang murah air mata terhadap anak-anak saya panjangkan dengan kisah kakak sulung saya. Ketika abang ipar saya menyambung pengajian di UKM sejurus sahaja lahir anak sulung menjadikan hidup mereka sekeluarga agak susah. Hidup di Kuala Lumpur menjadikan kesempitan mereka kian parah. Berbekalkan gaji sebagai kerani sekolah kakak saya yang tidak sampai ke angka 1000 dan separuh gaji suami lantaran bercuti menyambung pengajian sepenuh masa sebagai guru menjadikan hidup mereka kian terhimpit.
Hidup menyewa di rumah setinggan yang rata-rata didiami warga Indonesia menjadikan hati saya pilu dan kadang-kadang mata saya juga berkaca. Pernah saya berseloroh pada kakak saya untuk membawa pulang Along (anak sulung kakak saya) ke kampung bila lahirnya anak yang kedua. Reaksi yang saya terima hanyalah linangan air mata tanpa kata. Kakak saya menangis bila ada sahaja cadangan mahu memisahkan dia daripada anak-anak. Tekadnya biarlah susah macam mana sekalipun asalkan anak-anak tetap bersama.
Niat saya semasa memberikakan cadangan untuk membawa pulang anak sulung kakak saya ke kampung dan dipelihara ibu saya lahir daripada rasa kesian yang amat sangat dengan kesempitan yang dialami. Mudah-mudahan kesusahan tersebut dapat dikurangkan.
Pernah suatu ketika semasa melahirkan anak kedua, semasa dalam pantang 40 hari kakak saya ke klinik dengan menaiki bas bersama 2 anak. Anak sulung berumur setahun setengah dipimpin dan anak ke dua yang baru berumur sebulan didukung dengan menaiki bas untuk ke klinik dalam kesesakan kota. Hati mana yang tidak sedih bila mendengar khabar susah kakak sebegitu. Tidak mampu saya bayangkan betapa susahnya hidup mereka anak-beranak.
Namun semuanya diceritakan selepas abang ipar saya tamat pengajian dan sekarang sudahpun menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Psikologi Dan Pendidikan Khas Kanak-Kanak Istimewa. Sesungguhnya perlu saya iyakan, disebalik kehebatan seorang lelaki rupanya ada jasa insan tabah yang bernama isteri. 
Kini, Kisah Sebuah Realiti
Pandangan saya bahawa ibu saya hanya mampu menangis bila berpisah dengan anak-anak rupanya meleset. Dalam Majlis Konvokesyen apabila saya naik ke pentas untuk berucap mewakili pelajar ibu saya langsung tidak menangis. Semasa di lapangan terbang ketika menghantar saya ke Mesir, ibu saya juga tidak menangis. Masih saya ingat senyuman dan pelukkan terakhir tersebut langsung tidak menunjukkan reaksi sedih malah ibu saya nampak tenang dan gembira. Apa yang terbaliknya saya pula yang sebak dan mata saya sedikit berkaca sebagaimana ayah saya juga.
Lama saya berfikir kenapa ibu saya mula bertegas dan tidak menangis ketika menghantar saya di Airport. Seminggu selepas itu saya menelefon ibu saya dan saya straight bertanya kenapa demikian jadinya. Ibu saya bercerita bahawa 3 tahun beliau bersedia dengan perpisahan ini sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke KIAS, Nilam puri dan bertegas untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Katanya lagi, kini tiada apa lagi yang mahu disedihkan kerana hasratnya untuk melihat saya menjadi seorang berilmu kian hampir.
Ibu saya tidak menaruh harapan yang terlampau tinggi terhadap saya dan adik-beradik lelaki yang lain. Katanya beliau sudah puas hati sekiranya anak-anak berilmu, mampu menjadi imam di masjid dan mampu berkongsi ilmu dengan orang kampung. Pada saya tanggungjawab itu susah dan harapan itu tinggi.
 CLICK HERE untuk kita berkongsi ilmu
ibu adalah manusia yang terhebat yang ALLAH jadikan untuk kita semua.hargailah penqorbanan ibu.
saya sayang ibu saya.
next week along balik johor.rindu dekat ibu sangat..
along rindu ibu sangat



test + quiz

assalamualikum semua..
nak menjerit kat sini boleh tak??hmmm...
nak lepaskan tension...kenapa..sebab hidup saya dah bermula menjadi sibuk..but it is okay la..
nak berjaya kena berkorban sedikit kan.
start from now.mesti belajar step by step dan berterusan.
xank last minute cam last sem..mnakutkan..sampai xtidur malam..sbb stay up too late sgtkan..
start saturday sampai nak start cuti..test and quiz akan beratur panjang untuk saya mendudukinya..huhuuu.
ini list for my test n my quiz..o___0 :


test PHY 131..
test MAT 183..
quiz MEC 111..
quiz PHY 131..

prays for me okay..ibu ayah doakan along a..along xank buat ibu ayah menangis lagi..
along nak ibu ayah gembira dengan apa yang along buat.
JANJI akan ditunaikan..INSYAALLAH..:)

| Day 3 : 10 things you hate |

assalamulaikum semua...
hari ini da masuk hari jumaat kan..mean one week left before I'm going home..
so excited.plus worry..never mind..hopefully will be okat at the end.perhaps so..prays for me okay..


 Day 3 : 10 things you hate

  • i hate someone hipocrite
  • i hate to eat biskut MUNCHY
  • saya xsuka dikonkong.kena marah.lena bebel..
  • xsuka makan udang
  • xsuka orang yang berlagak bajet,hensem,cantik.be yourself,no need changes to anyone who u likes..
  • xsuka sepah-sepah ney..o___0
  • kalau xpuas hati cakap la depan-depan..jgn kutuk-kutuk belakang..
  • saya xsuka orang yang berkias-kias.straight to the point okay.it will better right??
  • saya xsuka siapa yang suka bunuk or berlaku kejam terhadap KUCING.kucing kan makhluk kesayangan Nabi Muhammad..
  • saya xsuka bila saya ngis sbb seorang LELAKI..saya kuat.saya tabah.saya nak jadi orang yang tenang..

Wednesday, December 14, 2011

| Day 2 : 10 things you love |

assalamualaikum semua...
semua sihat-sihat ea..xnak la. tension-tension..SEMANGAT!!!...
say TIGAAAAAA....kan comel uwh senyum nampak gigi...:)..

Day 2 : 10 things you love

  • i love my parents.so much.
  • i love my best friends..Fatin Nursyazwani.Nurul Atiqah,Zulaikha,Fateha Musadeq,Liyana Kadir,Hazlinda Fauzi
  • i love kucing.
  • love my lappy.present from ayah n ibu.
  • love my camera,mp 4
  • love someone who love me.
  • love my teddy bear
  • i love my wedges,my heels,my shawls,my dress
  • love my bed
  • i love my future husband...huhuuu
first and last that i love is..



saya sayang diri saya..o___0..

Tuesday, December 13, 2011

| segmen jom singgah + kenal |


assalamulaikum semua..o___0
i want to join this segment.
nak join  jom la tekan ney laju-laju. sis nabila

singgah.: korang mesti singgah/blogwalking ke blog yang telah join untuk menaikkan trafik mereka .

kenal :korang mesti tinggalkan komen di entri segmen mereka sebagai tanda pekenalan dan follow jika tertarik dengan blog ano isi blog tersebut.

saya tag kawan kawan saya :


Jom Naikkan Trafik Blog!


assalamualikum peeps..o___0..
hopefully semua sihat-sihat ea..
petang yang indah nini jom join satu segmen baru..

seba sedikit tentang blog saya:
nurfatimahkhairudin.blogspot.com

blog saya di buat pada tarikh 31/10/2011..
saya buat blog ini sebab nak isi masa lapang time cuti sem hari tu..blog ney baru nk genap 2 bulan,,baru kan..setahun jagung pun xsampaikan..:)
saya tulis blog sebagai tempat saya nak luahkan sesuatu.xkisah la apa crita skalipun.blog ney semua tentang saya,apa yang saya rasa,apa yang saya nak pos.nak berkongsi pendapat or knowledge...o___0

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

assalamualaikum semua..
hopefully semua sihat dibawah lindungan NYA..
hari ini just nak post something special about love..
just read carefully and understand the meaning okay..
it is so nice to understand.
perhaps semua will be okay..
just read okay..
ALLAH lebih tahu mana yang baik untuk kita.


Kalau kita sukakan seseorang,

jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana 
hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya  
Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah
,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)


terima kasih ALLAH.kerna KAU lebih tahu apa yang aku tidak ketahui..
terima kasih kerana KAU telah mengkhabarkan aku suatu berita gembira 
untuk aku tidak mengharapkan sesuatu yang belum pasti aku akan dapat.
berilah aku jodoh yang boleh membimbing aku ke jalan MU..amin