Followers

Friday, December 23, 2011

part 1

assalamualaikum semua

     Tinggal berapa minit lagi aku akan jejak ke tanah kelahiran ku. Hampir sebulan aku di penang pelbagai masalah aku hadapi. Selalunya bila pulang ke Johor aku adalah manusia paling gembira dalam hidup. Ini tidak bagi ku, semua perasaa bercampur baur. Begitulah perasaan aku. Sama seperti langit yang yang mendung sama mendung seperti hatiku. Sebab seorang manusia aku berubah menjadi takut untuk pulang ke rumah sendiri. Takut untuk menghadapi hakikat hidup.takut dengan perasaan sendiri dengan erti kata lain aku takut dengan perasaan sndiri. Aku berperang dengan perasaan sendiri. Dan sebab itu aku berubah menjadi diri aku yang dulu,manusia yang lemah, manusia yang tidak sempurna,aku berubah menjadi pendiam.

       Manusia seperti aku perlu belajar dari kesilapan,manusia yang selalu memohon keampunan dari NYA. Aku manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Bukan manusia yang berhati batu. Aku bukan anak patung yang bisa engkau buat apa yang engkau nak. Aku ada perasaan. Aku ada hati yang perlu dijaga. Aku tak minta semua ini berlaku. Aku manusia biasa sama seperti engkau. Aku memang nak lupa kan engkau. Tapi apakan daya, aku tak mampu nak lakukan. Aku tak kuat mana. Sebab engkau aku tinggalkan orang yang aku sayang. Aku ingat engkau yang akan membimbing aku ke jalan yang benar. Bawa aku ke tempat yang terang. Tapi, aku redha kalau ini yang aku dapat.

      Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Allah bagi rasa kecewa itu supaya aku sedar bahawa ada yang lagi baik sedang menunggu aku di hadapan sana. Yang mampu menbawa aku ke jalan yang benar. Untuk saat ini aku berjanji supaya aku menjadi kuat dan tidak mengalah dengan apa yang berlaku dalam hidup aku. Menjadikan manusia yang boleh terima hakikat hidup. Yang boleh terima kebenaran. Dan sekarang ini aku hanya perlukan ALLAH sebagai tempat aku bergantung harapan. Ibu ayah sebagai penguat semamgat untuk aku mencapai cita-citaku. Kawan-kawan untuk aku meluahkan semua segala isi hati aku. Aku tak mampuu nak simpan semua dalam hati. Aku perlu luahkan semua. Hidup perlu diteruskan untuk aku mencari sebuah kebahagiaan.




No comments:

Post a Comment